Pages

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

geografi


12.Petempatan
Petempatan awal

Petempatan  -tempat  kediaman  atau  bengunan  yang  menjadi  tempat  tinggal  bagi  manusia.
  •   petempatan  bermula  di  kawasan  yang  mudah  mendapat  bekalan  sumber  air,  makanan,  mudah  dihubungi  dan  terlindung  daripada  ancaman  binatang  buas  serta  mudah  dipertahankan.
  • petempatan  paling  awal  di  dunia  ialah  lembangan  sungai  di  Tiggris,  lembangan  sungai  nil  dan  lembangan  sungai  hindus.
  • kawasan  tanah  tinggi  juga  menjadi  pilihan  petempatan  awal  kerana  kedudukannya  yang  stratergik  dari  segi  pertahanan.


Petempatan  awal  di  Negara  Malaysia
     Kawasan  muara  sungai  dan  lembah  sungai  menjadi  pilihan  petempatam  kerana:-
                   I.            Sungai  merupakan  jalan  utama
                 II.            Membekalkan  sumber  protein
                   III.            Tanah  yang  subur  untuk  pertanian
                   IV.            Membekalkan  air  untuk  keperluan  domestik
Tepi  laut  juga  menjadi  lokasi  petempatan  awal  kerana  laut  memudahkan  jalan  pengangkutan.
Kawasan  gua  pula  dipilih  kerana  faktor  keselamatan  dan  perlindungan  daripada  hujan  dan  panas  serta  ancaman  binatang  buas

12.1  jenis-jenis  petempatan
               -petempatan  luar  Bandar = pertanian,  perikanan,  perlombongan.
               -petempatan  Bandar = berdagang,  perkhidmatan,  perkilangan,  perniagaan.

Petempatan  luar  Bandar



Faktor mempengaruhi tapak petempatan luar bandar:-
1.Dasar  kerajaan

    --> Pembukaan rancangan  tanah

2.Kegiatan  ekonomi
  -perikanan
  -pertanian
  -perlombongan

3.Bentuk  muka  bumi
   -tanah pamah
   -kaki bukit beralun
   -Dataran pantai

4.Tanih
   -tanih  alluvium 
   -tanih  laterit
   -tanih  gambut

5.Ketersampaian
    -Mudah  dihubungi (jalan air,  jalan  raya

6.Sumber  air
    -sungai
    -tasik


1.Bentuk  muka  bumi

*      Tanah  pamah  yang  rata  dan  landai  untuk  kegiatan  pertanian  dan  mudah  dihubungi.
*      Contohnya à lembah  sungai  Rajang  di  Serawak,  lembah  sungai  Kinabatangan  di  Sabah
*      Kaki  bukit à pantai  barat  semenanjung  Malaysia

2.Tanih

Ø  Terdiri  daripada  tanih  yang  subur,  contohnya  tanih  alluvium  yang  sesuai  untuk  tanaman  padi  seperti  di  dataran  kedah-perlis
Ø  Tanih  gambut  di  Pontian,  Johor  sesuai  untuk  tanaman  nanas.
Ø  Tanih  laterit  sesuai  untuk  tanaman  getah  serta  kelapa  sawit.
Ø  Tanih  berpasir  untuk  kelapa  seperti  di  Bagan  Datoh



3.Sumber  air

v  Sungai  membekalkan  sumber  air.
v  Menghubungkan  sesuatu  kawasan.
v  Punca  sumber  makanan  dan  pendapatan  penduduk  luar  Bandar.

4.Ketersampaian

ü  Berdekatan  jalan  raya  dan  sungai  bagi  memudahkan  pergerakan  penduduk  dari  satu  tempat  ke  tempat  yang  lain. 

5.Kegiatan  ekonomi

o   Kegiatan  penangkapan  ikan  di  pinggir  sungai
o   Kegiatan  cucuk  tanam  di  kawasan  tanah  pamah
o   Perlombongan  di  Bintulu,  Sarawak
o   Kegiatan  pembalakan  di  pedalaman,  Sandakan

6.Dasar  kerajaan

§  Rancangan  kerajaan  membangunkan  Negara  dengan  membuat  petempatan  terancang  menjadi  salah  satu  faktornya.
§  Dengan  adanya  FELDA,  KESEDAR,  dan  KETENGAH  tlah  mewujudkan  petempatan  baru  di  wilayah  seperti  Bandar  Muadzam  Shah. 



pola petempatan,,



  1. berselerak
  2. berjajar
  3. berpusat
  4. berkelompok
berselerak
-rumah &bangunan yang dibina berjauhan di antara satu sama lain dan berselerak.
-pola jenis ini terdapat di kawasan luar bandar seperti di kawasan kebun sayur, kawasan kebun kecil dan kawasan pembalakan

berjajar
-terbentuk apabila susun atur rumah dan bangunan  dibina di tepi jalan raya, sungai atau pinggir pantai.
-contohnya di pinggir pantai Pulau Pangkor.

berpusat
~susun atur rumah dan bangunan dibina rapat dan padat serta bertumpu di sekeliling sesuatu objek yang menjadi tumpuan penduduk, contohnya masjid.
~bangunan didirikan dengan susun atur berlapis-lapis dan rapat.

berkelompok
~terbentuk apabila rumah dan bangunan mempunyai susunan yang padat dan rapat di antara satu dengan yang lain. 
~disusun secara teratur, kemas dan terancang.
~biasaya terdapat di kawasan Rancangan Kemajuan Tanah yang diusahakan oleh FELDA, contohnya FELDA Gugusan Sahabat di Sabah.
~terdapat di kawasan ladang-ladang getah yang diusahakan oleh pihak swasta.
~di kawasan luar bandar,sistem pembahagian tanah warisan menyebabkan pola berkelompok wujud dan berkembang.